Kehidupan peribadi Wak Doyok

Wak Doyok lahir di Klang dan membesar di Kajang, Selangor. Beliau dilaporkan pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, namun berpisah kerana tiada persefahaman.[9][10] Baru-baru ini, beliau mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita pada April lalu. Bagaimanapun, ia tidak kesampaian apabila hubungan mereka berakhir dengan perpisahan namun beliau enggan mendedahkan identiti wanita yang sepatutnya dikahwini itu.[11]

Bapa beliau, Mohd Nor Abd Hamid meninggal dunia pada 25 Oktober 2018 akibat penyakit usus bengkak pada usia 86 tahun.[12][13] Selain bahasa Melayu dan Inggeris, Wak Doyok juga fasih berbahasa Jawa.[14][15] Wak Doyok telah menghadiahkan sebuah rumah dan kereta Toyota Vellfire kepada ibunya bagi membalas jasa ibunya dan berhasrat untuk membawa ibunya menunaikan umrah.[16][17]

Rujukan

WikiPedia: Wak Doyok http://www.imdb.com/name/nm2208405/ http://ohbulan.com/siapa-wak-doyok-sebenarnya-sebe... http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-ne... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://jateng.tribunnews.com/2016/10/17/wak-doyok-... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hubungan-wak...